PENGENALAN SRI KIBLAH MELAKA ( SKM )
SRI Kiblah Melaka telah ditubuhkan secara rasmi pada hari Sabtu bersamaan dengan 11 November 2017 dan dirasmikan penubuhannya oleh Dato Muhammad Ali bin Rustam. SRI Kiblah Melaka ditubuhkan bagi menawarkan pengajian peringkat rendah supaya masyarakat terus istiqomah membimbing anak-anak di atas manhaj salafussoleh
TAWARAN SKM
- Sistem pendidikan berintegrasi, mempunyai kurikulum KSSR (akademik), Kurikulum Yakin (agama) dan KAFA.
- Waktu persekolahan 7.45 pagi sehingga 4.30 petang (tiada caj tambahan sehingga 6.00 petang).
- Yuran pengajian serendah RM370 sebulan termasuk makan 2 kali sehari.
- Bimbingan bacaan Iqra’ sehingga boleh membaca Al-Quran beserta tajwid.
- Kepelbagaian aktiviti pentarbiahan dan penghayatan Islam serta penerapan amalan sunnah secara praktikal seperti solat Dhuha dan solat berjemaah.
- Menyediakan guru-guru yang berkelayakan, komited dan dedikasi.
- Kelas yang berhawa dingin.
- Aktiviti ko-kurikulum; memanah, taekwando dan renang.
- Rawatan pemeriksaan gigi dan suntikan imunisasi oleh Kementerian Kesihatan.
- Menyediakan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi (makan pagi dan tengahari).
SYARAT KEMASUKAN SKM
- Murid yang berumur lingkungan 7 - 12 tahun
- Sihat (tiada masalah pembelajaran seperti disleksia, ADHD, autisme dan yang berkaitan)
- Lulus temuduga kemasukan
- Lelaki dan perempuan
SISTEM PENILAIAN SKM
Sistem Penilaian 3 Dimensi (3D) :
- Akademik
- Sahsiyah
- Penghayatan Islam (Diniyah)
TENAGA PENGAJAR
Tenaga pengajar kami sentiasa komited serta tekun dalam memberikan pendidikan komprehensif dan berkualiti
Feryda Emylia binti Abu Yamin
Hanisah binti Salleh
Khairunnisa Aqilah binti Rosli
Nadia binti Arof
Nur Nabila binti Abu Bakar
Nur Najihah binti Abdul Ghafar
Nurardilah binti Rusli
Syazira Aina binti Zuraimi.png
Nahdatul Awatiff binti Osman
Noor Azdiana binti Azman
Norhidayah binti Ramli
Nur Amalina binti M. Rosli
Syafiqa binti Ishak
Aktiviti
Majlis Menandatangani Ikatan Persetujuan
5 Oktober 2017-telah diadakan Majlis Menandatangani Ikatan Persetujuan di antara pihak tuan tanah Tn. Hj. Mohamad bin Daud dan Hjh Rasenah binti Kutah bersama Pengarah Eksklusif Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN), Dr. Hj. Ismail bin Omar.
Majlis pelancaran SRI Kiblah Melaka
11 November 2017-telah diadakan Majlis pelancaran SRI Kiblah Melaka yang dirasmikan oleh YB Senator Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam.
Kem Smart Solat Nabi
Mac 2018-telah diadakan Kem Smart Solat Nabi anjuran Jabatan Penghayatan Islam SRI Kiblah Melaka. Program ini disampaikan oleh Ustazah Izzah dan Ustaz Azizi turut dibantu oleh guru-guru SKM yang lain.
Media Social Sri kiblah melaka
Ikuti dan subscribe untuk mendapatkan aktiviti harian Sri kiblah melaka
Hubungi Kami
Untuk sebarang maklumat dan urusan, sila hubungi nombor seperti yang tertera di bawah
PEJABAT
06-2811365