AGENDA DAN MATLAMAT SKM
AGENDA SKM
- Pendidikan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
- Penerapan aqidah yang benar.
- Pentarbiyahan dan bimbingan husnul khuluq.
- Pengurusan yang sistematik dan berkualiti.
- Ke arah sistem pendidikan holistik
MATLAMAT UMUM SKM
- Melahirkan murid yang soleh dan solehah.
- Membekal serta memantapkan ilmu agama dan akademik.
- Menilai serta merealisasikan amalan yang seimbang
- Meningkat dan mengekalkan pencapaian tertinggi dalam bidang pendidikan serta pengurusan dan pentadbiran.
MATLAMAT KHUSUS SKM
- Melahirkan murid yang menguasai ilmu Al-Qur’an dengan baik
- Memastikan murid dapat menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
- Melahirkan murid yang cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri yang islamik.
- Meningkatkan daya kreativiti dan bakat murid.
- Meningkatkan jumlah bilangan dan peratusan lulus dalam peperiksaan
- Membina dan memupuk semangat berakhlak mulia/ sahsiah Islamiah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
- Melatih murid-murid menunaikan amalan fardhu dan sunat dengan betul secara istiqamah.
- Melahirkan murid-murid yang berkeyakinan tinggi, berkepimpinan, berdisiplin dan bermoral tinggi.
- Melahirkan murid yang mematuhi dan setia akan segala perintah Allah SWT.