بسم اللّه الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI) KIBLAH MELAKA (SKM)

Pertama sekali syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya laman web rasmi Kumpulan Pendidikan Yakin-Kiblah telah berjaya ditubuhkan dan dilancarkan dengan jayanya.

Kami menjemput anda untuk menjelajahi laman web ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang semua entiti di bawah Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN), sejarah penubuhan SKM, maklumat sekolah, bahagian pentadbiran dan pengurusan, tenaga pengajar, kurikulum dan sistem pendidikan, pentarbiyahan, program dan aktiviti, maklumat terkini, pendaftaran dan lain-lain.

SKM telah berusaha keras memberi pendidikan yang berkualiti dan melahirkan murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang samada dari segi ilmu agama, akademik, ko-akademik, keperibadian diri, akhlak, kemahiran insaniah, dan sebagainya.

Untuk mencapai usaha ini, kami disokong oleh satu pasukan guru yang berkelayakan dan berkompetensi. Guru kami selalu berusaha sebaik mungkin dalam memastikan kecemerlangan murid bukan sahaja dalam kurikulum bahkan dalam bidang ko-kurikulum. Mereka turut berusaha meningkatkan kemahiran-kemahiran pendidikan dari masa ke semasa agar selari dengan alaf pendidikan abad ke-21.

Saya mengalu-alukan sokongan, sumbangan dan pandangan daripada pengunjung portal ni bagi memantapkan lagi pengurusan dan kemudahan yang disediakan. Selamat melayari portal rasmi SRI Kiblah Melaka untuk dapatkan maklumat berkaitan dan diharapkan tuan/puan dapat mengunjunginya lagi pada masa hadapan,

Sekian, terima kasih.

ILMU, AMAL, TAKWA

Siti Zulaikha binti Mustapa
GURU BESAR
Sekolah Rendah Islam (SRI) Kiblah Melaka