PIAGAM PELANGGAN SRI KIBLAH MELAKA (SKM)
Seluruh warga SKM dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik dalam:
- Melaksanakan segala arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Seksyen Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) Bahagian Pengurusan Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
- Membentuk pasukan pengurusan yang kreatif, inovatif, proaktif dan mempunyai daya juang yang tinggi serta dihormati oleh semua pihak
- Menyediakan layanan yang mesra dan bertanggungjawab kepada ibu, bapa, penjaga dan murid
- Melestarikan pengajaran dan pembelajaran dengan optimum kepada semua murid
- Memberi bimbingan ke arah kecerdasan mental dan fizikal bagi melahirkan insan yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek
- Menumpukan kepada peningkatan pencapaian akademik, sahsiah diri dan kokurikulum dalam membentuk kemenjadian murid
- Membimbing murid ke arah pembentukan sahsiah terpuji berorientasikan AlQuran dan AsSunnah
- Mewujudkan suasana sekolah yang bersih, selamat serta mempunyai budaya penyayang