FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN KIBLAH
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi teras kepada Falsafah Pendidikan Kiblah. Berkeyakinan penuh bahawa setiap individu mampu mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi melalui pentarbiyahan ilmu serta nilai-nilai murni berorientasikan Al-Quran dan Sunnah Rasul ke arah pembentukan cendekiawan Islam serta pemimpin masyarakat yang profesional, dinamik, berintegriti, berdikari, berinovatif, berketrampilan dan berwawasan seterusnya berupaya mengembangkan potensi diri serta ilmu dalam membangunkan agama, negara dan masyarakat.
VISI
KIBLAH unggul meneraju pendidikan berkualiti mengintegrasi ilmu memenuhi aspirasi negara.
MISI
KIBLAH bersedia menyahut cabaran serta menginspirasikan komunitinya untuk bertindak dengan hala tuju terancang berasaskan pengurusan institusi berkualiti, keperihatinan yang mendalam, berilmu pengetahuan dan berkemahiran mapan serta berintegriti tinggi dengan melestarikan sistem pendidikan Islam bagi membangunkan potensi individu dalam melahirkan insan produktif yang mampu bersaing di peringkat global.